HEADLINES

Tunggakan sewa PPR, PA DBKL cecah RM70 juta: Datuk Bandar

Maimunah berkata, tunggakan itu memberi kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan untuk masyarakat di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan

8:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tunggakan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini mencecah RM70 juta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata tunggakan itu memberi kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan untuk masyarakat di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Beliau berkata pihak DBKL mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan tunggakan antaranya mengunci bekalan air, mengeluarkan notis, menganjurkan program advokasi kewangan dan mewujudkan pelan rundingan pembayaran untuk penyewa.

“Langkah ini penting supaya hasil kutipan sewa dapat dikembalikan kepada penduduk dalam bentuk perkhidmatan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat ‘PPR Bestari’ di sini hari ini.

Maimunah juga berkata DBKL sedang mempertimbang untuk menjual unit-unit PPR dan PA kepada penyewa yang mempunyai kemampuan kewangan.

“Memang pada 2015 telah ada satu keputusan untuk membekukan (penjualan) namun saya telah melihat semula keputusan itu dan jika penyewa betul-betul ada kemampuan, kita boleh menjualnya,” katanya.

Terdahulu, beliau menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh orang ramai ketika sesi dialog awam dalam program itu, antaranya berhubung isu sampah, trafik dan penyalahgunaan dadah. – 19 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related