◉ HEADLINES

Bekas Presiden AS Joe Biden disahkan hidap kanser prostat

Minggu lalu, Biden menjalani pemeriksaan selepas mengalami gejala kesukaran membuang air kecil

10:03 AM MYT

 

ISTANBUL – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat yang kini telah merebak ke tulang, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan pejabat peribadinya pada Ahad.

“Minggu lalu, Biden menjalani pemeriksaan selepas mengalami gejala kesukaran membuang air kecil.

“Walaupun keadaan ini menunjukkan kanser jenis agresif, namun ia masih sensitif terhadap hormon sekali gus membolehkan ia dikawal dengan berkesan,” menurut pejabat Biden.

Pejabat itu memaklumkan bahawa Biden, 82, dan keluarganya kini sedang meneliti pilihan rawatan bersama pasukan perubatannya.

Presiden AS, Donald Trump turut memberikan reaksi terhadap perkhabaran itu menerusi platform Truth Social miliknya.

“Melania dan saya berasa sedih mendengar tentang diagnosis perubatan terkini Joe Biden.

“Semoga Jill (isteri Biden) serta seluruh keluarganya tabah melalui ujian ini dan kami mendoakan agar beliau segera pulih,” katanya.

Biden pernah berkhidmat sebagai Presiden AS dari 2021 hingga 2025. – 19 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

◉ Related