HEADLINES

Bom Perang Dunia Kedua disyaki masih aktif ditemui di Tanjung Tokong

Hasil pemeriksaan, UPB mengesahkan bahawa objek itu merupakan bom jenis UXO tinggalan Era Perang Dunia Kedua, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut

8:50 AM MYT

 

GEORGE TOWN – Sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis unexploded ordnance (UXO) yang disyaki masih aktif dijumpai di tapak pembinaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bom itu pada jam 9.42 malam.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah dipanggil untuk memeriksa dan menyahaktifkan objek tersebut,” kata Abdul Rozak, lapor Bernama.

Abdul Rozak dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan, UPB mengesahkan bahawa objek itu merupakan bom jenis UXO tinggalan Era Perang Dunia Kedua.

Tambahnya, pemeriksaan oleh UPB turut mengesahkan lokasi kejadian adalah selamat dan bom tersebut dijadual untuk dilupuskan hari ini.

“Tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya. – 20 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related