HEADLINES

Persiapan Haji 2026 berjalan lancar, ikut perancangan: Zulkifli

TH mempunyai pelan kontingensi yang baik bagi menghadapi sebarang perubahan tidak dijangka

3:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – persiapan rapi bagi jemaah Malaysia ke Tanah Suci untuk musim Haji 2026, dengan penerbangan pertama pada 18 April ini akan diteruskan mengikut perancangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Zulkifli berkata lawatan beliau ke Makkah dan Madinah baru-baru ini mendapati Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya baru pulang daripada lawatan rasmi ke Madinah dan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang dihadiri oleh ramai menteri agama serta menteri haji dari seluruh dunia.

“Operasi haji akan berjalan seperti yang dirancang. Kita telah membuat perancangan yang sangat teliti dan TH telah melakukan persiapan sebaik mungkin,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemasyhuran dan Konvokesyen Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) Kali Ke-16, di sini, hari ini.

Beliau berkata TH turut mempunyai pelan kontingensi yang baik bagi menghadapi sebarang perubahan tidak dijangka.

“Setakat ini, perbincangan menunjukkan bahawa pelan kontingensi yang telah dirangka mampu menyerap sebarang perubahan yang berlaku.

“Namun, kita berdoa agar ibadah haji tahun ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Semua jemaah haji akan mengikuti perancangan yang telah ditetapkan,” katanya. – 4 April, 2026

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Related