HEADLINES

Tuntutan saman RM10 juta tidak halang saya bersuara isu rakyat: Wan Fayhsal

Terdahulu, media melaporkan Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menuntut Ketua Armada Bersatu itu membayar ganti rugi berjumlah RM10 juta atas dakwaan memfitnahnya

9:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tuntutan saman RM10 juta dihadapi Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak akan menjejaskan fokus dan tumpuan beliau daripada terus bersuara mengenai isu rakyat dan kepentingan awam.

Menurutnya, laporan oleh sebuah media tempatan berhubung tuntutan saman itu disifatkan sebagai satu kegemparan yang menakutkan Ahli Parlimen pembangkang.

“Ia seolah-olah kerajaan Madani semakin kuat dan kami akan diheret ke mahkamah apabila membuat pendedahan demi kepentingan rakyat.

“Kes ini bukan kes baru. Pada 14 November 2023 satu laporan polis dibuat dan saya membacakan laporan berkenaan tindak tanduk bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam sidang media di Parlimen.

“Dia marah dan failkan saman terhadap saya pada 22 Januari 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Farhash Wafa menuntut Ketua Armada Bersatu itu membayar ganti rugi berjumlah RM10 juta atas dakwaan memfitnahnya.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh media, Farhash Wafa mendakwa Wan Fayhsal membuat kenyataan fitnah terhadapnya pada sidang media di pekarangan Bangunan Parlimen, 14 November 2023.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal berkata, beliau sudah melantik peguam dan memasukkan kehadiran di mahkamah pada 19 Februari.

“Pembelaan saya akan difailkan sedikit masa lagi menurut jadual waktu yang ditetapkan mahkamah.

“Pembelaan saya akan menunjukkan tuntutan ini adalah tidak berasas sama sekali.

“Inilah sifat kerajaan hari ini di mana pendedahan pembangkang melalui laporan polis pun akan cuba disekat melalui saman sivil Mahkamah,” katanya. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related