HEADLINES

Petronas tidak langgar perjanjian, Mahkamah Tinggi khilaf beri injunksi

Hakim Mahkamah Rayuan itu berkata dalam kes ini, perjanjian antara Petronas dan Shell MDS tidak dilanggar sebaliknya Petronas mematuhi perjanjian sepanjang masa berkaitan

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan memutuskan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak melanggar perjanjian bekalan gas dengan Shell MDS (Malaysia) Sdn Bhd dan Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam memberikan injunksi yang memaksa syarikat itu untuk meneruskan pembekalan gas.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Wong Kian Kheong memberitahu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan Seksyen 53 Akta Relief Spesifik 1950.

Ia menghendaki Shell MDS membuktikan Petronas melanggar perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua syarikat terbabit, demikian lapor Bernama.

Pada Isnin, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Azimah Omar, Datuk Ismail Brahim dan Wong membenarkan rayuan Petronas untuk mengetepikan injunksi sementara yang diperoleh Shell MDS, yang membenarkan syarikat itu (Shell MDS) menghentikan bayaran bulanan bagi bekalan gas yang diberikan oleh Petronas kepada Shell MDS di fasiliti Bintulu, Sarawak.

Dalam kes ini, kata Wong, perjanjian antara Petronas dan Shell MDS tidak dilanggar sebaliknya Petronas telah mematuhi perjanjian berkenaan sepanjang masa yang berkaitan.

Menurut Wong, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Arziah Apandii hanya boleh menggunakan budi bicaranya untuk memberikan injunksi mandatori interlokutori (bekalan gas asli) sekiranya Shell MDS dapat membuktikan kes yang “luar biasa kukuh dan jelas” terhadap Petronas.

“Kami tidak berpuas hati bahawa responden pertama (Shell MDS) telah memenuhi prasyarat ketat bagi kes “luar biasa kukuh dan jelas” terhadap perayu (Petronas) yang boleh membenarkan Mahkamah Tinggi memberikan injunksi,” katanya.

Hakim Mahkamah Rayuan itu juga berkata pemberian injunksi untuk terus membekalkan gas dalam kes terbabit telah membebankan kewangan Petronas dan terus memberi kesan negatif terhadap kewangan syarikat itu.

“Hal ini kerana perayu telah dan terus dipaksa oleh injunksi mandatori interlokutori untuk membekalkan gas asli tanpa menerima sebarang bayaran.

“Perlu ditekankan bahawa perayu telah dan terus terhalang daripada menerima bayaran yang signifikan kira-kira RM800 juta sebulan sejak injunksi mandatori sementara Mahkamah Tinggi diberikan pada 19 Dis tahun lepas,” katanya.

Wong berkata tiada pertikaian bahawa injunksi mandatori interlokutori untuk membekalkan gas asli dan injunksi mandatori interlokutori untuk menghentikan hasil Jaminan Bank telah mengubah status quo dengan memberi kesan buruk terhadap kewangan Petronas.

Pada Isnin, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Azimah Omar, Datuk Ismail Brahim dan Wong membenarkan rayuan Petronas untuk mengetepikan injunksi sementara yang diperoleh Shell MDS, yang membenarkan syarikat itu (Shell MDS) menghentikan bayaran bulanan bagi bekalan gas yang diberikan oleh Petronas kepada Shell MDS di fasiliti Bintulu, Sarawak.

Mahkamah turut membatalkan injunksi yang menghendaki Petronas untuk terus membekalkan gas kepada Shell MDS sepanjang tempoh tersebut, dan yang membenarkan Jaminan Bank ditangguh.

Panel hakim diketuai Azimah memerintahkan Shell MDS untuk membayar Petronas jumlah tertunggak dari Ogos 2024 hingga 5 Oktober lepas, dengan bayaran perlu dibuat sebelum 6 Oktober.

Shell MDS tidak membuat pembayaran akibat kebimbangan menerima dua invois iaitu satu daripada Petronas dan satu lagi daripada Petroleum Sarawak (Petros), yang menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan perlu membuat pembayaran berganda, sementara pertikaian bidang kuasa antara Petronas dan Petros sedang diselesaikan.

Injunksi diberikan oleh Mahkamah Tinggi adalah berdasarkan penglibatan Shell MDS dalam dua perjanjian bekalan gas yang berasingan iaitu satu dengan Petronas (ditandatangani pada 17 Julai 2020) dan satu lagi dengan Petros (ditandatangani pada 16 Ogos 2024). – 25 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related