HEADLINES

Anak dakwa bekas Pengerusi TH, Azeez Rahim ditahan di Dang Wangi

Azeez yang juga bekas Ahli Parlimen Baling dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditahan polis di Balai Polis Dang Wangi malam tadi dan dijangka direman bermula hari ini.

Anaknya, Azman Azeez menerusi hantaran di Facebook memberitahu, Azeez yang juga bekas Ahli Parlimen Baling dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Namun malam ini, ayah saya sekali lagi berada dalam tahanan dan kali ini di Balai Polis Dang Wangi dan dikatakan akan direman bermula esok.

“Esok juga sepatutnya menjadi hari beliau bersama-sama sahabat seperjuangannya di Perhimpunan Agung Umno. Tetapi malam ini, segala perancangan itu berubah.

“Saya tidak pernah menyangka satu hari nanti saya perlu menulis tentang ayah saya dalam keadaan seperti ini,’’ katanya.

Menurut Azman, beliau tidak mahu mendahului proses mahkamah dan juga tidak mahu menghukum sesiapa.

“Saya cuma berharap satu perkara iaitu biarlah proses ini berjalan dengan adil, telus dan tanpa prejudis. Pertuduhan hanyalah pertuduhan sehingga dibuktikan di mahkamah,’’ katanya.

Sementara itu, berdasarkan semakan di Mahkamah Sesyen hari ini, Azeez akan dituduh di hadapan Hakim Azura Alwi pada 9 pagi ini.

Pada 27 Ogos lepas, bekas pengerusi TH itu dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan masing-masing direman tujuh hari hingga 2 Sept bagi membantu siasatan susulan pendedahan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi itu.

Kedua-dua individu berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan berkenaan turut mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020 dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu. – 9 September, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related