◉ HEADLINES

Polis siasat bayi lelaki 7 bulan meninggal dunia di Taska

Polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan daripada bapa kandung bayi itu di Balai Polis Setapak, beberapa jam selepas kejadian

11:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat punca kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Danau Kota, di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan daripada bapa kandung bayi itu di Balai Polis Setapak, beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku antara jam 9 hingga 11 pagi, kelmarin.

“Mayat telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Syahrul Anuar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan. – 28 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related