◉ HEADLINES

Trafik mulai sesak di lebuh raya utama menuju Lembah Klang

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mulai sesak sejak petang ini berikutan orang ramai mula kembali ke ibu kota, selepas cuti Aidladha.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik dari arah utara ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan sesak di beberapa lokasi termasuk Permatang Pauh ke Juru, Jawi ke Bandar Baharu, Kuala Kangsar ke Terowong Menora dan Gopeng ke Tapah.

Aliran trafik juga, katanya, sesak dari Sungkai ke Trolak, Bukit Beruntung ke Sungai Buaya dan kawasan Rehat dan Rawat Rawang menuju Rawang, lapor Bernama.

“Aliran trafik dari arah selatan di lebuh raya PLUS pula sesak dari Pagoh ke Simpang Empat, Pedas Linggi ke Seremban, kawasan Rehat dan Rawat Seremban ke Nilai dan Plaza Tol Sungai Besi ke ibu kota,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagi aliran trafik dari arah timur ke Lembah Klang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kesesakan berlaku di Plaza Tol Karak menuju ke Lentang, Bukit Tinggi ke Terowong Genting Sempah dan Hentian Gombak menuju ke Plaza Tol Gombak.

Sementara itu di Kelantan aliran trafik bertambah dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang setakat tengah hari tadi bagaimanapun masih dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata pihaknya menjangkakan aliran trafik akan terus meningkat menjelang petang, dan pemantauan secara berterusan sedang dijalankan oleh anggota yang bertugas. – 8 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

RHB sued for RM15 mil over disputed joint account withdrawal, landmark case looms

Datuk Tan Bee Geok alleges RHB Bank breached joint account mandate by allowing RM1.3 million withdrawal without her consent; bank blames inadvertent error, seeks indemnity from her husband

◉ Related