HEADLINES

Konflik timur tengah: Anwar gesa dunia henti konflik Teluk, pilih rundingan bukan senjata

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat antarabangsa bertindak segera menghentikan permusuhan di Teluk dan Asia Barat, menegaskan Malaysia bersedia menyokong usaha sahih bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa dan gangguan global

10:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak menahan diri dan memperbaharui usaha diplomatik susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Teluk dan Asia Barat.

Beliau menegaskan, seruan itu sejajar dengan pendirian bipartisan yang berprinsip diambil oleh Parlimen Malaysia, sambil menekankan bahawa keberanian sebenar bukan pada eskalasi konflik, tetapi pada menjaga pintu rundingan tetap terbuka.

“Saya terdorong dengan seruan agar mengekalkan kewaspadaan yang telah muncul daripada pihak tertinggi di Iran di tengah konflik berterusan di negara Teluk dan Asia Barat. Seruan itu wajar diambil dengan serius dan dihormati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar turut menyuarakan kebimbangan terhadap skop konflik yang semakin meluas, dengan serangan berulang menjejaskan beberapa negara Teluk termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, selain merebak ke Azerbaijan, Jordan dan Turkiye.

Menurutnya, kemudahan tenaga, bekalan air serta infrastruktur lain yang menjadi kebergantungan jutaan manusia turut menjadi sasaran, sekali gus menjejaskan laluan utama minyak dunia dan perkapalan antarabangsa.

“Gangguan di kawasan tersebut membawa kesan yang jauh melangkaui rantau berkenaan,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri menegaskan Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha sahih untuk menghentikan permusuhan melalui rundingan, selain menyeru masyarakat antarabangsa bertindak segera dan berkesan bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa serta implikasi meluas terhadap negara lain. – 9 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related