◉ HEADLINES

Penganggur kelar isteri di Bukit Gambir, tiada pengakuan direkodkan

Ketua Polis Daerah Tangkak berkata, tertuduh juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api

12:39 PM MYT

 

TANGKAK – Tiada pengakuan direkodkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini membabitkan pertuduhan terhadap seorang penganggur yang didakwa membunuh isterinya dengan mengelar leher di Bukit Gambir, awal Jun lalu. 

Tertuduh, Mohamad Khairul Azmi Ithnin, 32, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lee Kim Kiat.

Difahamkan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh isterinya Iecah Junus, 34, di sebuah rumah beralamat Taman Cahaya, Serom antara pukul jam 3.30 petang hingga 5.30 petang pada 2 Jun lalu.

Pendakwaan itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Amirah Sapian sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan tarikh 8 Julai ditetapkan bagi keputusan ujian patologi dan DNA.

Amirah turut membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar ke Hospital Permai bagi menjalankan pemeriksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Tangkak, Roslan Mohd Talib dalam kenyataan pagi ini memaklumkan tertuduh juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api, membakar sembilan kenderaan di pekarangan rumah mentuanya di Kampung Pengkalan Kampung Durian Chondong dekat sini pada 3 Jun lepas. 

Tertuduh telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 Jun lalu. – 10 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related