HEADLINES

Rasuah Adun Sabah: ‘Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh’, kata Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata beberapa individu sudah dikenal pasti dan tindakan pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata sekurang-kurangnya dua individu akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tertentu di Sabah.

Beliau ketika mengesahkan perkara itu, berkata beberapa individu sudah dikenal pasti dan tindakan pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Sekurang-kurangnya seorang atau dua individu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah Kali Ke-2 Tahun 2025 anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini, hari ini, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.

Susulan itu, SPRM menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap bahan bukti yang tular itu.

SPRM kemudian mengesahkan bahawa seorang pemberi maklumat berkenaan kes klip video yang memaparkan beberapa Adun membincangkan isu rasuah telah berjumpa dengan pegawai suruhanjaya itu pada 30 Oktober lalu.

Ketika pertemuan tersebut, peguam kepada pemberi maklumat itu hanya memainkan rakaman audio berdurasi 17 saat yang memperdengarkan perbincangan beberapa individu mengenai sejumlah wang. – 12 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Related