HEADLINES

SPRM rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Jakarta, bukan Bali: Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, beliau belum menerima laporan penuh berhubung siasatan kes berkenaan, namun percaya proses rakaman keterangan sudah dilakukan di Jakarta

1:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menafikan pegawainya bertemu bekas menantu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Jovian Mandagie di Bali bagi membantu siasatan kes pemilikan aset mantan Perdana Menteri itu.

Belia berkata, sebaliknya pegawai berkenaan berada di Jakarta atas urusan rasmi berkait siasatan, bukan di Bali seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Seseorang tanya saya kenapa pegawai SPRM pergi ke Bali (untuk rakam keterangan Jovian). Saya tak pernah kata mereka ke Bali. Pegawai saya berada di Jakarta, mereka bukan ke sana (Bali) untuk berbulan madu,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah SPRM Ke-2 Tahun 2025, di sini hari ini.

Azam berkata, beliau belum menerima laporan penuh berhubung siasatan kes berkenaan, namun percaya proses rakaman keterangan sudah dilakukan di Jakarta.

“Saya belum dapat laporan penuh, tapi saya percaya pegawai saya telah ambil kenyataan (Jovian) di Jakarta, bukan di Bali,” katanya.

Semalam, media melaporkan pasukan penyiasat SPRM berada di Jakarta selama dua hari bagi merakam keterangan Jovian, 39, yang juga seorang pereka fesyen ternama bagi membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Kesembilan itu.

Keterangan Jovian adalah penting bagi pengesahan beberapa dokumen berkaitan, memandangkan beliau pernah terbabit secara langsung dalam urusan tertentu ketika pentadbiran Ahli Parlimen Bera berkenaan.

Selepas menutup perniagaan fesyennya tahun lalu, Jovian kini dilapor menetap di Jakarta. – 12 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related