HEADLINES

Kerjasama Perkeso-Neo buka ruang kongsi ilmu dalam aspek perlindungan sosial: Steven Sim

Melalui kolaborasi ini, Perkeso berpeluang meneroka transformasi digital, strategi dan pembangunan dilaksanakan NEO, selain mendalami usaha membanteras penipuan rentas sempadan di peringkat global.

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerjasama strategik antara Malaysia dan Belgium membuka ruang baharu untuk perkongsian pengetahuan, di samping berpotensi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, khususnya dalam aspek perkhidmatan pekerjaan dan perlindungan keselamatan sosial.

Justeru Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, bagi terus memperkukuhkan sistem perlindungan sosial dan perkhidmatan pekerjaan, Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pejabat Kebangsaan Pekerjaan Belgium (NEO).

“Kolaborasi Perkeso dan NEO menandakan komitmen Kesuma (Kementerian Sumber Manusia) untuk menerapkan amalan terbaik global yang juga dijangka mampu memacu inovasi dan memperkukuh keupayaan Malaysia dalam menghadapi cabaran pasaran kerja yang sentiasa berubah.

“Jika dibandingkan dengan Belgium, sistem keselamatan sosial di Malaysia masih berkembang dan beberapa aspek boleh diperkukuh, terutama dalam skim perlindungan keselamatan insurans pekerjaan dan lain–lain aspek termasuk penguatkuasaan, liputan dan integrasi yang melibatkan kedua-dua sektor pekerjaan formal dan tidak formal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perkeso dan NEO di Brussels, semalam.

Pertukaran MoU berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Strategi dan Korporat) Perkeso, Edmund Cheong Peck Huang dan Ketua Pegawai Eksekutif NEO, Dr. Jean Marc Vandenbergh, sambil disaksikan oleh Steven Sim, Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah, Datuk’ Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak bersama Ketua Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso, Gayathri Vadivel.

Melalui kolaborasi ini, Perkeso berpeluang meneroka transformasi digital, strategi dan pembangunan dilaksanakan NEO, selain mendalami usaha membanteras penipuan rentas sempadan di peringkat global.

Mengulas lanjut, Sim menyifatkan Belgium mempunyai sistem perlindungan sosial yang kukuh dengan faedah pengangguran dan program latihan semula yang berkesan, di samping terkenal dengan program latihan vokasional yang unggul serta kepakaran dalam sektor teknologi tinggi dan inovasi.

“Kerjasama ini turut merangkumi sektor teknologi dan inovasi, yang berpotensi memperkukuh dasar pekerjaan dan perlindungan sosial untuk menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh,” katanya. – 13 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related