HEADLINES

Kes dadah: Penyiasat Malaysia diberi akses untuk soal siasat juruterbang di Jakarta

Saifuddin berkata perkembangan itu akan membuka laluan kepada siasatan lanjut, walaupun ia masih di peringkat awal

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan Penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk menyoal siasat juruterbang yang ditahan di Jakarta bulan lalu berhubung kes pengedaran dadah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkembangan itu akan membuka laluan kepada siasatan lanjut, walaupun ia masih di peringkat awal.

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diberi taklimat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, mengenai perkembangan terkini siasatan itu.

“Ia masih berjalan. Biar mereka selesaikan proses terlebih dahulu, dan saya juga akan berkongsi sebarang perkembangan baharu daripada siasatan itu kemudian,” katanya, lapor Bernama.

Pada 28 Julai lalu, seorang juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun telah ditahan di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas pihak berkuasa Indonesia menemui 15 bungkusan yang mengandungi 70,114 biji pil ekstasi dan syabu di dalam bagasinya.

Siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati juruterbang berkenaan dipercayai memperoleh bekalan bahan berkenaan di Ampang sebelum berlepas ke Kota Kinabalu dan Jakarta.

Sementara itu, Saifuddin berkata, pelan komprehensif untuk memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan terbang negara dijadual dibentangkan kepada Kabinet Rabu depan.

Saifuddin berkata beliau telah diberi taklimat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr Awang Alik Jeman, yang mempengerusikan mesyuarat antara agensi bagi memuktamadkan pelan berkenaan.

“Saya beri mereka tempoh dua minggu bermula minggu lepas untuk memuktamadkan pelan itu. Jika tiada perubahan, saya akan membentangkannya pada mesyuarat Kabinet akan datang bersama Menteri Pengangkutan,” katanya. – 13 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related