HEADLINES

MCMC saman Telegram, gagal kekang kandungan Edisi Siasat dan Edisi Khas

Ia susulan kegagalan serius Telegram dalam mengekang kandungan yang berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan MCMC

10:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) buat pertama kalinya memfailkan tindakan sivil terhadap Telegram berikutan kandungan dua saluran di platform media sosial terbabit, Edisi Siasat dan Edisi Khas yang dikenal pasti berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam dan menjejaskan ketenteraman.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, ia susulan kegagalan serius Telegram dalam mengekang kandungan yang berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan.

“Kedua-dua saluran ini dikenal pasti menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelas kenyataan itu yang mengesahkan ia tindakan pertama seumpanya diambil terhadap penyedia platform media sosial.

Berikutan tahap pematuhan yang tidak memuaskan, MCMC telah memohon dan berjaya memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan serta menghalang penerbitan semula kandungan-kandungan seumpamanya.

Kata Suruhanjaya itu lagi, tindakan undang-undang diambil demi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi.

Telegram yang merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [“ASP (C)”], akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.

“MCMC sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing,” tegasnya yang tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sama ke atas platform lain bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara.

“MCMC kekal komited dalam memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang,” katanya.

Difahamkan, platform media sosial tersebut kerap berkongsi maklumat yang kontroversi daripada orang ramai mengenai aktiviti perjudian dan kegiatan haram yang lain. – 19 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related