◉ HEADLINES

GST belum sesuai dilaksana kerana pendapatan rakyat masih rendah, kata Anwar

Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak menolak sepenuhnya GST yang juga efisien dan telus, namun lebih mengutamakan kemampuan rakyat

10:37 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum sesuai dilaksanakan semula berikutan nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak menolak sepenuhnya cadangan pelaksanaan semula GST yang juga sistem percukaian efisien dan telus, namun lebih mengutamakan kemampuan rakyat berikutan sistem percukaiannya memberi kesan secara menyeluruh.

“Kita tangguhkan (GST) kerana nilai (ambang) pendapatan rakyat itu terlalu rendah. Pendapat saya kerana kerana orang yang pendapatan RM2,000, walaupun diberi beberapa pengecualian pun, namun banyak yang terkena (cukai).

“Gula, beras tidak kena tetapi pembelian barang lain atau menaiki bas bagi tujuan itu secara tidak langsung (dikenakan) GST…ini bermakna ia secara menyeluruh,” kata beliau ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di sini hari ini. 

Atas alasan itu, Anwar berkata kerajaan berpendapat pelaksanaan semula GST hanya wajar dipertimbangkan apabila purata pendapatan rakyat meningkat ke tahap lebih munasabah iaitu sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan. – 20 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Sesi libat urus MCMC dan penyedia platform media sosial diadakan bulan ini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.

Paris Paralympics : Eddy Bernard wins bronze in men’s 100 metre

The achievement marks as Malaysia’s first medal in the 2024 Games

◉ Related