◉ HEADLINES

Isteri Caprice tuntut pemuda berlutut minta maaf kerana ‘hina anaknya’

Kes itu telah selesai selepas pemuda berkenaan memohon maaf

7:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda berusia 23 tahun yang didakwa menghina anak selebriti media sosial, Caprice akhirnya bersemuka dengan artis berkenaan dan isterinya, Farra Inalis Hussni.

Dalam pertemuan itu, Farra turut mengingatkan pemuda dari Johor itu supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan ke atas orang lain.

“Satu soalan aku nak tanya kau ni, gila ke apa. Apa masalah kau maki-maki anak aku, kau umur berapa sekarang?

“Baru 23 nak buat perangai macam sampah kat luar sana? Kau patut bersyukur sebab jumpa Caprice,’’ kata Farra dalam keadaan marah.

Video pertemuan itu dimuatnaik dalam Instagram Caprice.

Sejak beberapa hari lalu Caprice memaklumkan mahu bertemu mata dengan pemuda tersebut yang memburuk-burukkan anaknya, yang baru dilahirkan pada Mac lalu.

“Bab-bab anak is the limit. Harap-harap anda atau keluarga anda nampak video dan cari Cap esok atau lusa, kita jumpa depan-depan,’’ kata Caprice.

Caprice turut memuatnaik tulisan pemuda itu yang menghina anaknya di dalam media sosial sekali gus mengundang kemarahan orang ramai terhadap pemuda tersebut, yang disifatkan sebagai biadap.

Sementara itu, dalam pertemuan tersebut Farra juga meminta pemuda itu supaya berlutut dan memohon maaf kepada dia dan anaknya.

“Kau nak minta maaf pada aku, kau kena ikut aku, kau kena berlutut , minta maaf dengan aku dan anak aku. Kau maki anak aku. Kau buat apa yang aku nak (berlutut). Itu je (sahaja),’’ katanya.

Pemuda itu kemudiannya berlutut dan memohon maaf.

Caprice turut memberi pilihan sama ada pemuda itu mahu ke balai polis atau ke masjid dan akhirnya dia memilih ke masjid.

Selesai solat, kedua-duanya berpelukan dan Caprice turut menghulurkan wang kepada pemuda tersebut untuk disampaikan kepada ibunya.

“Alhamdulillah, settled,’’ demikian tulis Caprice selepas pertemuan terbabit. – 3 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

Selebriti TV, Sheahnee dedah ibunya ‘diganggu’ ketika dalam Koc Wanita oleh sekumpulan remaja lelaki

Bekas personaliti televisyen, Sheahnee Iman Lee meluahkan rasa kesal dengan sikap 'keras kepala' segelintir kaum lelaki yang berdegil dan masih lagi memasuki koc wanita yang disediakan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

◉ Related