◉ HEADLINES

Presiden Ikhlas dakwa RoS batalkan pendaftaran tanpa notis

Mohd Ridzuan berkata pihaknya mahu menyerahkan dokumen seperti yang diminta tetapi dimaklumkan Ikhlas telah dibatalkan pendaftaran oleh ROS Wilayah Persekutuan

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa pendaftarannya dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah dibatalkan tiga tahun lalu, tanpa notis.

Presidennya, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kekangan Covid-19 yang dialami negara sebelum 2022 menyebabkan sukar bagi Ikhlas untuk mengadakan mesyuarat dan mengemukakan penyata kewangan tahunan kepada RoS.

Scoop hari ini melaporkan Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad mengesahkan pertubuhan tersebut telah dibatalkan pendaftarannya pada 24 November 2022 di bawah Akta Pertubuhan 1966 kerana gagal mengemukakan penyata kewangan tahunan.

Menurut Ridzuan, pihaknya mahu menyerahkan dokumen seperti yang diminta tetapi dimaklumkan Ikhlas telah dibatalkan pendaftaran oleh RoS Wilayah Persekutuan selepas operasi pemutihan, katanya yang dipetik dari FMT.

“Bukan saja Ikhlas terlibat, banyak NGO lain turut dibatalkan pendaftaran, malah sebelum pembatalan, kami tidak diberi sebarang notis,” katanya.

Mohd Ridzuan berkata, walaupun pendaftaran itu dibatalkan namun ia tidak mematahkan semangat mereka malah beliau telah menubuhkan Sekretariat Gabungan NGO Ikhlas Malaysia untuk meneruskan gerak kerja membantu rakyat.

“Kita tubuh sekretariat baharu ini tak menyalahi undang-undang, kita tak kutip dana termasuk dana keahlian, kita buat berdasarkan undang-undang,’’ katanya.

Scoop dalam laporan sebelum ini mendedahkan NGO ini yang diketuai oleh Mohd Ridzuan telah dibatalkan pendaftaran oleh JPPM dan ia disahkan oleh Ketua Pengarah jabatan berkenaan.

Menurut halaman Facebook pertubuhan itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan penaungnya.

Pada Januari 2023, Ridzuan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan membuat tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi mendapatkan insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0, berjumlah RM378,000.

Beliau didakwa mengemukakan dokumen dengan maklumat gaji yang tidak tepat, menunjukkan bahawa pekerja yang disenaraikan telah menerima bayaran yang sebenarnya tidak dibuat. 

Semua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – 20 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

◉ Related