HEADLINES

Kedutaan Malaysia di Iran diarah tutup: Mohamad

Beliau turut mengarahkan semua warga Kedutaan Malaysia di negara sedang bergolak akibat konflik Iran-Israel itu supaya pulang ke tanah air dengan segera

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengarahkan kedutaan Malaysia di Iran menutup operasi untuk sementara .

Beliau turut mengarahkan semua warga Kedutaan Malaysia di negara yang sedang bergolak akibat konflik Iran-Israel itu supaya pulang ke tanah air dengan segera.

Memetik Berita Harian, Mohamad turut mengesahkan banyak kedutaan negara-negara lain juga sudah berbuat demikian susulan perkembangan terbaru yang menyaksikan peningkatan ketegangan konflik tersebut.

“Saya telah mengarahkan semua warga kedutaan, termasuk duta… semua rakyat Malaysia telah diminta keluar dari Iran.

“Namun, ada yang masih tidak mahu keluar, termasuk tiga pelajar di Qom dan seorang di Isfahan kerana berada jauh dari Tehran,” katanya, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beberapa persiapan sedang diusahakan kerajaan untuk membawa keluar rakyat Malaysia dengan selamat.

Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) sudah memberi sedikit makluman perkembangan semasa tentang situasi dan keadaan di Iran kepada Jemaah Menteri hari ini.

“Beliau maklumkan bahawa jumlah rakyat Malaysia yang berada di Iran jumlah yang berdaftar itu termasuk pelajar dan pelancong tidak terlalu besar, tapi mereka telah digerakkan untuk bergerak keluar dari negara Iran,” katanya.

Dalam pada itu, media tempatan Iran melaporkan Tentera Udara Israel melancarkan gelombang serangan udara ke atas beberapa lokasi strategik di Iran.

Serangan pada awal pagi tadi itu turut mensasarkan kemudahan nuklear, pangkalan peluru berpandu dan pusat komando tentera, dalam apa yang digambarkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebagai ‘serangan pembukaan yang berjaya’. – 21 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related