HEADLINES

‘DNAA Najib satu rahmat Allah, moga jadi permulaan kepada hari yang lebih baik’: Rosmah

Sokongan semua sangat bermakna, memberi gambaran legasi beliau masih hidup dalam hati anda, kata Rosmah

4:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) suaminya sebagai satu rahmat Allah yang dimakbulkan menerusi doa dan harapan berterusan orang ramai.

Menerusi catatan di Facebooknya, Rosmah berkata, keputusan itu diharapkan menjadi permulaan kepada hari-hari yang lebih baik.

Rosmah turut menjelaskan kenapa beliau tidak hadir di mahkamah ketika keputusan itu diumumkan.

“Malangnya, saya tidak dapat bersama suami pada pagi yang penuh bermakna itu kerana malam sebelumnya, cucu saya jatuh sakit dengan demam tinggi, dan kami terpaksa menjaganya sepanjang malam.

“Oleh itu, saya benar-benar keletihan pada pagi berikutnya.

“Sekali lagi, terima kasih atas segala kasih sayang, doa, dan ucapan yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Sokongan anda sangat dihargai, dan saya akan sampaikan salam dan ucapan kasih sayang anda semua kepada beliau apabila saya bertemu dengan dia hari ini,’’ katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.

Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy selepas mendapati kes terhadap Najib telah tergantung selama enam tahun sejak 2019 tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan, hanya mengalami beberapa penangguhan sekali gus menunjukkan bahawa pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Dalam pada itu, Rosmah turut merakamkan terima kasih kepada mereka yang telah menulis surat terbuka, berkongsi hantaran dan mencipta video-video indah yang mengingatkan mengenai kepimpinan Najib sebelum ini.

“Sokongan anda semua sangat bermakna bagi kami, memberi gambaran bahawa legasinya masih hidup dalam hati anda,’’ katanya. – 21 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related