HEADLINES

‘Saya tak pernah terbabit dalam mana-mana parti politik’: KPN

Mohd Khalid berkata perkara itu diterima dengan hati terbuka dan pihak media terbabit juga sudah memohon untuk mengadakan pertemuan dengannya

2:22 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara (KPN) baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau tidak pernah terlibat dalam sebarang kegiatan politik.

“Selama 38 tahun saya bersama pasukan PDRM, saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini, lapor Bernama.

Berhubung kesilapan penerbitan infografik mengaitkannya dengan parti politik sebelum ini, Mohd Khalid berkata perkara itu diterima dengan hati terbuka. Pihak media terbabit juga sudah memohon untuk mengadakan pertemuan dengannya.

“Insya-Allah saya akan bertemu dengan mereka dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan media berkenaan, mendengar pandangan dan memberi idea mengenai perkara perlu dilaksanakan pada masa akan datang.

Sebelum ini, sebuah infografik yang memaparkan latar belakang Mohd Khalid disiarkan di media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan mengenai pembabitannya dalam politik.

Berikutan itu, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh tampil mengesahkan Mohd Khalid tidak pernah menjadi ahli PKR apatah lagi memegang sebarang jawatan dalam parti berkenaan.

Portal tempatan itu juga sudah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan maklumat yang disiarkan di Instagram mereka dan bertindak menggantung tugas kakitangan terbabit.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid berharap supaya semua media memainkan peranan memberi pelapor yang terbaik dan sempurna serta tidak bercanggah dengan fakta sebenar. – 23 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Related