HEADLINES

Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka

Ini kerana kementerian berkenaan, mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan stadium tersebut, yang mula dibina pada 1956

8:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi bersedia bekerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), bagi penganjuran majlis perasmian pembukaan semula Stadium Merdeka pada suku kedua tahun ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini kerana kementerian berkenaan, mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan stadium tersebut, yang mula dibina pada 1956.

“Kita belum ada apa-apa perbincangan (mengenai perkara itu), tetapi sekiranya perlu kita sedia untuk membantu, termasuk dengan bahan sama ada footage daripada filem negara dan bahan arkib yang mungkin ada dalam simpanan RTM, contohnya.

“Jadi saya lihat ada sinergi dan nanti insya-Allah saya akan cuba berbincang dengan pihak PNB, untuk melihat bagaimana kita boleh mengaktifkan hubungan yang lebih erat antara PNB dan Kementerian Komunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Menara Merdeka 118, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, malam tadi.

Terdahulu, Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata Stadium Merdeka dijangka dibuka semula kepada orang ramai pada suku kedua tahun ini, selepas ia ditutup sejak 2016.

Beliau berkata usaha restorasi untuk mengembalikan stadium itu kepada keadaan asal seperti pada 1957, mendapat kerjasama daripada Badan Warisan Malaysia dan Jabatan Warisan Negara. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Malaysia nears eradication of hardcore poverty as average household income hits RM9,155

With the poverty rate now at just 0.09%, government initiatives show promising progress, while efforts to enhance social mobility and living standards continue

Related