HEADLINES

(KEMASKINI) 200,000 pemandu p-hailing dapat manfaat Pakej Rahmah, internet serendah RM33

P-Hailing Rahmah yang dilancarkan hari ini akan membolehkan mereka melanggan sekurang-kurangnya data 40GB

9:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seramai 200,000 pemandu dan penunggang p-hailing seluruh negara layak menikmati perkhidmatan internet serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB menerusi pakej P-Hailing Rahmah yang dilancarkan hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pakej itu dilaksanakan dengan kerjasama lima syarikat perkhidmatan telekomunikasi (telco) iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes).

Pakej ini turut melibatkan kerjasama dengan 16 syarikat penyedia platform p-hailing, iaitu FoodPanda, Grab, Bungkusit, Halo Delivery, iHantar, Lalamove, MatDespatch, Parcel365, RideRunner, Shopee, Fasz Food, Lazada Logistics, Belibeli, iGoGet, GoGet dan GoLog.

“Kerjasama yang baik dapat kita jalin antara pihak kementerian dengan syarikat penyedia untuk menyediakan pakej telekomunikasi dengan keperluan kategori yang disasar.

“Ini merupakan satu kejayaan kecil dan dianggarkan sekitar hampir 200,000 penghantar (rider) dari seluruh negara dapat memanfaatkan pakej yang ditawarkan ini.

“Setiap pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform masing-masing,’’ katanya pada Majlis Pelancaran Pakej P-Hailing Rahmah di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri di sini, hari ini.

Seramai 200,000 pemandu dan penunggang p-hailing seluruh negara layak menikmati perkhidmatan internet serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB menerusi pakej P-Hailing Rahmah yang dilancarkan hari ini. – Riduan Ahmad/Scoop, 23 Januari, 2024

Pemandu dan penunggang p-hailing boleh mendaftar pakej P-Hailing Rahmah bermula hari ini hingga 23 April depan menerusi platform syarikat p-hailing masing-masing.

Fahmi berkata, pakej kontrak yang ditawarkan selama satu tahun itu merupakan tempoh standard, tertakluk kepada terma yang telah dipersetujui antara syarikat penyedia dan syarikat p-hailing.

“Saya harap syarikat p-hailing akan berusaha gigih untuk menghebahkan kepada para rider berkenaan pakej rahmah ini.

“Saya juga merasakan tempoh satu tahun pakej langganan itu adalah standard tertakluk kepada terma yang telah dipersetujui bersama. Ini kerana kadang kala ada rider yang mungkin sudah berpindah kerja… semua benda ini adalah fleksibel,” katanya. – 23 Januari,202

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related