◉ HEADLINES

Tiada rayuan dibuat Hishammuddin, serah kepada MKT pertimbang usul Umno Sembrong: Ahmad Zahid

"Oleh kerana tidak ada satu pun surat rayuan daripada orang itu, maka saya serahkan kepada MKT untuk tentukan," kata Presiden Umno

6:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang rayuan dibuat oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas penggantungan dari Umno sejak Januari 2023.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berikutan itu kuasa diberikan
sepenuhnya kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk membuat keputusan berhubung usul menerima kembali bekas naib presiden itu.

“Oleh kerana tidak ada satu pun surat rayuan daripada orang itu, maka saya serahkan kepada MKT untuk tentukan.

“Kita akan tunggu usul yang akan dibawa oleh Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) yang turut menanggotai Biro Politik Umno dan (seterusnya) dibawa ke MKT,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau mengulas usul Umno Sembrong supaya kepimpinan parti menarik semula penggantungan keahlian enam tahun bekas ketua bahagiannya.

Onn Hafiz yang juga ketua Umno Johor ketika merasmikan mesyuarat bahagian Sembrong berjanji membawa usul itu kepada kepimpinan tertinggi Umno.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Sembrong itu digantung selama enam tahun bermula 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Pada Disember tahun lalu, ada gesaan supaya Hishammuddin kembali kepada Umno selepas MKT menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata beliau enggan merayu kerana tidak mengetahui sebab keahliannya digantung. – 26 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Sesi libat urus MCMC dan penyedia platform media sosial diadakan bulan ini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.

Paris Paralympics : Eddy Bernard wins bronze in men’s 100 metre

The achievement marks as Malaysia’s first medal in the 2024 Games

◉ Related