HEADLINES

Lima rakyat Malaysia masih di Iran, enggan pulang

Mereka telah menandatangani aku janji serta memilih untuk tinggal di sana

3:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima rakyat Malaysia masih berada di Iran kerana pilihan sendiri dan telah menandatangni surat aku janji untuk kekal di negara berkenaan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, mereka terdiri daripada empat pelajar dan seorang peniaga yang memilih berada di Iran meskipun kerajaan sebelum ini menggesa supaya kesemua rakyat yang berada di sana meninggalkan negara terbabit berikutan konflik yang semakin meruncing.

“Proses evakuasi (membawa keluar) rakyat Malaysia di Iran selesai dan mereka kembali ke tanah air pada 21 Jun lepas.

“Saya mengarahkan semua rakyat negara ini di Iran untuk pulang, kebanyakannya berada di Tehran. Namun, empat pelajar masih tinggal di sana, iaitu tiga di Qom dan satu di Esfahan manakala seorang lagi peniaga.

“Mereka telah menandatangani aku janji serta menyatakan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Wisma Putra serta memilih untuk tinggal di sana.

“Tidak ramai rakyat Malaysia yang berada di Iran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kaum Ibu Penajes kali ke-52 di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan 24 individu termasuk rakyat Malaysia yang berada di Iran selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines melalui penerbangan MH781.

Daripada jumlah berkenaan, 17 daripadanya merupakan warga tempatan, enam warga Iran yang merupakan tanggungan kepada warga Malaysia dan seorang rakyat Singapura.

Mereka terpaksa merentasi lebih 1,000 kilometer melalui darat untuk menyeberangi sempadan Iran-Turkmenistan.

Operasi itu diketuai oleh Kedutaan Malaysia di Teheran, dengan sokongan daripada misi Malaysia di Ashgabat dan Bangkok bagi memudahkan urusan logistik penerbangan. – 28 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Grab’s RM9.9bil impact: How the platform fuels Malaysia’s economy

A new report shows the ride-hailing giant contributed 0.5% of GDP in 2023, supporting over 277,000 earning opportunities across the country

Rainforest Youth Summit 2025 returns to Kuching to bolster climate leadership in Southeast Asia

Over 700 young delegates gather in Sarawak for regional summit blending Indigenous wisdom, policy action, and environmental resilience

Muhyiddin sudah ‘hilang kawalan’ parti perlu reformasi segera: Saifuddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘hilang kawalan’ dan Bersatu berisiko kehilangan hala tuju sekiranya parti itu tidak menjalankan reformasi dengan segera, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Beliau yang dipecat daripada...

Related