◉ HEADLINES

MCMC rakam keterangan individu muatnaik kandungan jelik berkaitan pelantikan Leftenan Jeneral ATM

Kandungan yang dimuatnaik itu menyentuh mengenai naratif perkauman yang berpotensi mencetuskan provokasi serta menggugat perpaduan

12:41 PM MYT

 

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu yang memuatnaik kandungan jelik bersifat perkauman di platform media sosial miliknya.

Dalam kenyataannya, MCMC berkata, kandungan tersebut dipercayai menyentuh mengenai pelantikan Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu dengan naratif perkauman yang berpotensi mencetus provokasi serta menggugat perpaduan dan keharmonian negara.

Rakaman percakapan itu diadakan pada 28 Jun lalu di Balai Polis Saujana Utama, Sungai
Buloh.

“Susulan itu, individu tersebut telah dipanggil bagi memberikan keterangan dan membantu siasatan.

“MCMC turut menyita satu unit telefon bimbit dan satu unit kad SIM untuk melengkapkan siasatan,’’ katanya.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Justeru, MCMC ingin mengingatkan orang ramai agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan sebarang kandungan yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja (3R), terutamanya yang boleh memecahbelahkan masyarakat serta menggugat keharmonian negara.

MCMC, katanya, kekal komited untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, sejahtera dan dihormati, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia. – 1 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related