HEADLINES

Bapa mentua Hamzah Zainudin meninggal dunia

Datuk Abdul Ghani Ngah, menghembuskan nafas terakhir hampir 3 minggu selepas kematian isterinya, Datin Salmiah Nyak Matt dalam kejadian kebakaran pada 19 Jun lalu

6:18 PM MYT

 

IPOH – Bapa mentua kepada Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin iaitu Datuk Abdul Ghani Ngah disahkan meninggal dunia pada 1.45 tengah hari tadi. 

Pejabat Ketua Pembangkang ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan setakat berita ini ditulis, jenazah berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.  

Difahamkan Allahyarham dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan selepas terbabit dalam kebakaran di rumahnya pada 19 Jun lepas.

Abdul Ghani, 83, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan mengalami komplikasi dalaman dan sesak nafas semasa kejadian tersebut.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan malam ini selepas solat isyak di Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mengucapkan takziah kepada bapa mentua Hamzah dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. 

Dalam kejadian tersebut, isteri kepada Abdul Ghani, Datin Salmiah Nyak Matt, 84, terkorban selepas ditemukan tidak sedarkan diri di ruang bilik bahagian bawah rumah oleh pasukan penyelamat.

Pada 19 Jun lepas, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang membabitkan enam orang dengan empat daripadanya yang berusia 18 hingga 49 tahun selamat. – 5 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related