HEADLINES

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Penjawat awam direman 7 hari

10:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penjawat awam direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang hilang sejak Rabu lalu.

Perintah reman dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza, selepas suspek berusia 26 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada jam 8.48 pagi tadi.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah dengan memakai pelitup muka dan memakai baju lokap polis berwarna oren.

Semalam, mayat Farah ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada jam 6 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan itu polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun, yang juga penjawat awam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Farah yang juga bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim kira-kira jam 8 pagi pada 10 Julai lalu.

Kali terakhir dilihat, Farah yang berasal dari Miri, Sarawak itu memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

Kehilangannya mencetuskan kebimbangan ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa, apatah lagi Farah disifatkan seorang pekerja yang komited dan tidak pernah mencetuskan apa-apa masalah sepanjang bekerja di syarikat perkhidmatan kereta sewa itu.

Malah abang Farah iaitu Mohammad Fariza Abdullah yang menetap di Kuala Lumpur, datang ke Tanjung Malim bersama isterinya bagi membuat laporan di Balai Polis Tanjung Malim bersama pihak pengurusan tempat adiknya bekerja. – 16 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Alavés defender Garcés cleared to play after CAS stays FIFA ban

Spanish La Liga club Deportivo Alavés have confirmed that Facundo Garcés can resume competitive football after the Court of Arbitration for Sport granted a provisional suspension of the FIFA sanction imposed on the defender

Is there something deeper going on in DAP’s attacks against the MACC?

With its own leaders and associates under investigation, could the DAP be using the Reformist card to protect its own? Political analysts weigh in

Controversy continues: Akmal detained upon arrival at Kota Kinabalu airport

Announcing his detention on Facebook today, Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said he will not budge from his stand over the “Allah”-printed sock issue.

Related