◉ HEADLINES

Menantu Muhyiddin boleh bersihkan nama melalui mahkamah, bukan terus hilangkan diri: Fadhli

Melarikan diri apabila disiasat dan ketika dihadap ke muka pengadilan, adalah tindakan tidak patriotik, malahan satu perbuatan jenayah

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, iaitu Datuk Muhammad Adlan Berhan sepatutnya kembali ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan mahkamah dihadapinya untuk membersihkan namanya sendiri daripada skandal itu, bukan bertindak terus menghilangkan diri.

Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, melarikan diri apabila disiasat dan ketika dihadap ke muka pengadilan, adalah tindakan tidak patriotik, malahan satu perbuatan jenayah.

“Adlan boleh membersihkan nama sendiri melalui mahkamah, bukan dengan terus menghilangkan diri.

“Tindakan melarikan diri bukan sahaja menyukarkan kerja pengadilan mengambil tempat, bahkan berupaya menjejaskan nama bapa mentua sendiri selaku bekas Perdana Menteri,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), perlu memainkan peranan untuk menasihat menantu beliau itu agar kembali ke Malaysia, bagi membersihkan nama di atas pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dikenakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) berkenaan.

Pemuda Amanah, ujarnya, juga mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol), sekiranya Adlan masih gagal dikesan dalam beberapa hari mendatang.

Katanya, sudah sampai masa PDRM bertegas dan tidak lagi memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk mengambil ringan sebarang tindakan polis atau SPRM, apatah lagi menjadikan ia satu ‘ejekan’.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan beberapa kertas pertuduhan ke atas Adlan yang juga ahli perniagaan, sudah lengkap.

Menurutnya, kertas pertuduhan itu membabitkan beberapa dakwaan, termasuk CBT.

“Sebenarnya siasatan sudah dilengkapkan dan bersedia untuk membuat pertuduhan, namun beliau masih gagal dikesan dan belum pulang ke Malaysia.

“Saya tidak ingat berapa pertuduhan akan dibuat ke atas beliau, tetapi kalau tak silap ia membabitkan beberapa dakwaan mengenai jenayah CBT,” kata Azam.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Individu terbabit adalah Adlan dan peguam, Mansoor Saat dengan mereka sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lalu.

Susulan tindakan mereka, PDRM menghantar permohonan notis merah kepada Interpol pada Oktober lalu terhadap kedua-duanya.

Manakala, Azam menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan SPRM akan menyemak semula perkembangan notis merah dikeluarkan Interpol terhadap Adlan. – 25 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related