HEADLINES

Polis siasat penceramah bebas didakwa sebar video terlarang isteri

Polis menemui beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya, serta gambar aib wanita lain dalam telefon bimbit suspek

6:48 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis sedang menyiasat kes penyebaran video seks oleh seorang penceramah bebas, susulan laporan isteri keduanya, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan isteri kedua lelaki itu pada 12 tengah hari, 16 Jun lalu, mendakwa penceramah itu menyebarkan video seks dirinya dan madunya serta beberapa wanita lain.

“Bertindak atas siasatan, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suami pengadu dan telah merampas dua buah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek. 

“Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek telah dijumpai beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya dan juga gambar-gambar mengaibkan beberapa wanita lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata lelaki berkenaan direman empat hari hingga hari ini dan diberikan jaminan polis sementara proses melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mira Noraien Norashid di talian 011-11430765 atau ke balai polis berdekatan. – 5 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related