KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu sebentar tadi.
Ismail, 67, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, semalam.
Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan.
Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu diadakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini, pada 11.29 pagi.
Berangkat sama ke Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz serta Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.
Yang turut hadir Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid.
Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan serta wakil-wakil rakyat Negeri Sembilan.
Berita lanjut menyusul
