◉ HEADLINES

PKR bidas kenyataan tak bertanggungjawab Nur Jazlan, ‘pemimpin Umno jangan sombong sangat’

Pengarah Strategik PKR Johor, Arthur Chiong Sen Sern berkata, Nur Jazlan yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara seharusnya mengekalkan sikap berkecuali dan tidak terlibat dalam polemik politik

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kritikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed terhadap parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) disifatkan satu usaha mengalih perhatian rakyat yang sudah menolak cara politik lama selain perebutan kuasa.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Arthur Chiong Sen Sern berkata,
dakwaan bahawa PKR dan Amanah hanya ‘penumpang’ dalam Kerajaan Perpaduan
dibuat pemimpin Umno itu adalah tidak berasas malah jauh daripada realiti sebenar yang berlaku.

“Kerajaan Perpaduan dibentuk atas asas untuk meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. Setiap parti, termasuk PKR dan Amanah memberikan sumbangan signifikan dalam perancangan dasar, pentadbiran dan pembangunan negara.

“Keterlibatan kami (PKR dan Amanah) bukan sekadar mengisi ruang kosong dalam kerajaan, tetapi kami aktif menggerakkan perubahan untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

“Tuduhan kami adalah sekadar ‘penumpang’ adalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian daripada realiti bahawa rakyat menolak politik lama yang berasaskan perpecahan dan perebutan kuasa.

“Apa yang penting bagi PKR dan Amanah adalah memperjuangkan nasib rakyat, bukan mengejar jawatan atau kuasa semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Chiong yang jug Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Batu berkata, Nur Jazlan yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara seharusnya mengekalkan sikap berkecuali dan tidak terlibat dalam polemik politik.

“Beliau wajar bersikap adil dan tidak memihak, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Beliau sendiri telah mengalami kekalahan dua kali dalam pilihan raya umum bagi Parlimen Pulai. Realitinya, beliau kini merupakan seorang ahli politik yang semakin hilang relevansi, bukan sahaja di Johor tetapi juga di peringkat nasional.

“Sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, beliau sepatutnya memainkan peranan yang lebih signifikan dalam mengekalkan keharmonian, bukannya menimbulkan perpecahan dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Timbalan Ketua PKR Shah Alam, Najwan Halimi berkata, tiada satu parti politik yang dominan dan layak mendabik dada sebagai parti utama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – Gambar fail Scoop, 3 Oktober, 2024

Sementara itu Timbalan Ketua PKR Shah Alam, Najwan Halimi berkata, pemimpin Umno digesa tidak bersikap sombong sehingga meremehkan peranan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan selepas memenangi PRK DUN Nenggiri dan Mahkota.

Beliau yang juga Adun Kota Anggerik menegaskan tiada satu parti politik yang dominan dan layak mendabik dada sebagai parti utama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Tiada keperluan mengeluarkan kenyataan bersifat mengkal dan tidak menambah nilai dalam kerjasama politik Pakatan Harapan-Barisan Nasional sebagai gabungan utama membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

“Rakyat menilai, jangan sombong sangat, rakyat tak suka orang politik sombong. Belajarlah berpolitik dengan matang dan budiman,” katanya.

Terdahulu, Nur Jazlan menerusi hantaran di media sosial miliknya, menyifatkan PKR dan Amanah sekadar ‘penumpang’ dalam Kerajaan Perpaduan yang lebih didominasi oleh Umno dan DAP.

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu menjelaskan konteks permainan poker politik dalam kaitan dengan hubungan antara parti-parti kerajaan campuran.

“Saya nak berikan nasihat kepada Amanah dan PKR, ingatlah, politik ini bukan sekadar harapkan nasib baik sahaja. Dalam Kerajaan Perpaduan, Umno dan DAP adalah pemain utama yang menguasai meja poker sebab kita ada kekuatan ahli, penyokong dan jentera.

“Jadi mereka patut tak boleh duduk di meja poker. Biarlah saya cakap terus terang, bukan setakat dalam politik di nasional saja, di peringkat politik Johor pun Amanah dan PKR kurang layak duduk semeja main poker politik ini.

“Mereka hanya sesuai duduk depan mesin kuda atau main ‘roulette’ saja sebab mereka mengharapkan nasib baik dan kekalahan lawan sahaja dan bukan kekuatan jentera parti atau strategi,” katanya. – 3 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related