HEADLINES

RM2 bilion untuk hal ehwal Islam perlu diurus sebaik mungkin, ‘ia melambangkan imej Islam’

Walaupun Kementerian Kewangan boleh menyalurkan peruntukan terus kepada Kementerian Pendidikan atau majlis agama Islam negeri, namun penyaluran menerusi Jakim sekali gus menunjukkan pengiktirafan agensi tersebut oleh kerajaan

11:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM2 bilion untuk hal ehwal Islam yang diumumkan dalam Bajet 2025 perlu diuruskan sebaik mungkin kerana ia melambangkan imej orang Islam dalam mengendalikan ‘tabung amanah’ yang disalurkan itu.

Bercakap kepada Scoop, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abu Hafiz Salleh Hudin bagaimanapun memuji peruntukan tersebut termasuk RM150 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sebanyak RM150 juta ringgit daripada peruntukan kerajaan itu dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jakim seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat. – Gambar Bernama, 19 Oktober, 2024

“Jumlah besar ini termasuk pemberian elaun kepada guru-guru agama dan imam sangat disambut baik.

“Walaupun Kementerian Kewangan mungkin boleh salurkan secara terus kepada Kementerian Pendidikan atau majlis agama Islam negeri, tetapi ia diberikan menerusi Jakim sekali gus menunjukkan pengiktirafan agensi tersebut oleh kerajaan,’’ katanya.

Pada pembentangan Bajet 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM2 bilion dengan sebahagian daripadanya untuk memperkasakan institusi pendidikan Islam.

Sebanyak RM150 juta ringgit daripadanya dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jakim seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat.

Mengulas mengenai sijil halal, Abu Hafiz berkata, tambahan 100 juruaudit bagi agensi Jakim bagi mempercepatkan urusan pengeluaran sijil halal merupakan langkah baik bagi mengelakkan sebarang penangguhan jangka masa lama kepada pemohon.

Ini kerana, kata beliau, Islam menuntut untuk mempermudahkan sesuatu yang tidak menyalahi syarak.

“Kita menyambut baik tambahan juruaudit bagi mempercepatkan pengeluaran sijil halal.

“Penambahan ini diperlukan kerana ia perlu mengikut standard dan kriteria yang telah ditentukan, jadi dengan penambahan ini ia akan mempermudahkan perjalanan proses pemeriksaan tersebut,’’ katanya.

“Mungkin yuran untuk mendapatkannya (sijil halal) tidak mahal tetapi bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan itu, ia memerlukan kriteria-kriteria tambahan yang perlu diteliti dan disebabkan tenaga kerja juruaudit yang mencukupi diperlukan untuk mempercepatkan proses tersebut,” katanya. – 19 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related