◉ HEADLINES

Kes baharu Covid-19 meningkat, namun terkawal: KKM

Orang ramai dinasihati agar terus mengamalkan langkah pencegahan penularan wabak itu termasuk memastikan tahap kebersihan diri yang tinggi

6:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,757 kes Covid-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Disember, berbanding 6,796 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, secara keseluruhan keadaan semasa di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada walaupun terdapat peningkatan kes baharu.

Beliau berkata, majoriti kes Covid-19 di Malaysia hanya mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan bagi penggunaan katil bukan kritikal dan penggunaan katil di Unit Rawatan rapi (ICU) masing-masing meningkat kepada 1.4 peratus pada ME49/2023 berbanding ME 48/2023.

“Peratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga meningkat kepada 0.5 peratus dan secara keseluruhan peratus kes kematian Covid-19 dari 25 Jan 2020 hingga 9 Disember 2023 adalah 0.72 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, trend peningkatan kes Covid-19 juga dilaporkan berlaku secara global termasuk di beberapa negara jiran dan di Malaysia, peningkatan itu seiring dengan trend yang berlaku pada setiap hujung tahun seperti dilaporkan di negara lain.

Katanya, dalam tempoh ME 49/2023, sebanyak 26 varian Omicron baharu dilaporkan terdiri daripada 21 kes varian membimbangkan (VOC) dan lima kes varian mempunyai kepentingan (VOI).

“Sehingga kini, tiada varian baharu dikesan di Malaysia. Varian yang masih menular di Malaysia adalah varian Omicron dengan subvarian XBB.1.16, XBB.1.5 dan EG.5.

“Walaupun varian ini diketahui mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi, ia tidak menyebabkan kes yang teruk,” katanya.

Pada masa sama, Dr Muhammad Radzi menasihati orang ramai supaya terus mengamalkan langkah pencegahan penularan wabak itu termasuk memastikan tahap kebersihan diri yang tinggi, memakai pelitup muka bagi individu bergejala dan mendapatkan dos primer vaksin serta dos penggalak vaksin Covid-19. – 13 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related