◉ HEADLINES

RM150 juta untuk Jakim bagi selenggara prasarana pendidikan Islam

Sebahagian peruntukan adalah untuk memperkasa institusi pendidikan Islam termasuk menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang

7:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyalurkan RM2 bilion peruntukan berkaitan hal ehwal Islam menerusi Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen di sini, hari ini.

Peruntukan tersebut termasuk RM150 juta yang dikhususkan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz dan sekolah agama rakyat.

“Sebahagian peruntukan adalah untuk memperkasa institusi pendidikan Islam termasuk kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.

“Kerajaan juga bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 dengan peruntukan RM35 juta kepada lebih 70,000 guru KAFA, imam dan bilal bagi menghargai sumbangan mereka,” katanya.

Penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Darul Quran Jakim juga akan menerima insentif wang saku sebanyak RM100 tahun hadapan. – 18 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Malaysia’s consumer redress portal empowers complaint resolution across sectors

MCMC's platform streamlines complaint processes, enhancing protection and resolution across key industries

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related