◉ HEADLINES

PRN Johor tepat waktu: Khaled Nordin

PRN Johor disifatkan tepat waktunya meski berdepan monsun dan musim perayaan, kata Mohamed Khaled Nordin, sambil menegaskan Negeri Sembilan tidak boleh bubar DUN sesuka hati kerana terikat prosedur perlembagaan melibatkan Yang di-Pertuan Besar dan Undang Luak Yang Empat

1:53 PM MYT

 

KOTA TINGGI – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah langkah tepat kerana tiada masa yang benar-benar “sempurna” untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

Beliau berkata jadual pilihan raya perlu mengambil kira faktor cuaca dan musim perayaan panjang di Johor.

“Menjelang November hingga Januari kita berdepan monsun dan banjir, khususnya di Kota Tinggi. Februari dan Mac pula bertembung dengan sambutan Hari Raya yang biasanya panjang di Johor,” katanya pada program Sembang Santai Bersama Pemandu Kereta Sewa dan Teksi di Kota Tinggi.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi menambah, jika kerajaan negeri melihat masa sekarang paling sesuai, maka ruang itu harus diberikan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Mengenai persediaan jentera, beliau menegaskan Umno sentiasa bekerja menjaga kebajikan masyarakat tanpa mengira musim pilihan raya, selain hubungan dalam Kerajaan Perpaduan kekal utuh.

“Realiti politik hari ini berbeza. Tidak mungkin ada lagi parti yang mendominasi sendirian. Pentadbiran kini pelbagai komposisi, di pusat begini, di negeri pula berbeza,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor berkuat kuasa 1 Jun selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Mengenai pembubaran DUN Negeri Sembilan, Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan menegaskan sebarang keputusan pembubaran DUN mesti melalui prosedur perundangan dan perlembagaan negeri. – 2 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related