HEADLINES

Ahli digantung, dipecat perlu tunjuk kekesalan dan komitmen jika mahu kembali pada Umno: Zahid

8:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Umno yang digantung atau dilucutkan keahlian perlu menunjukkan kekesalan dan komitmen terhadap perjuangan jika mahu kembali ke parti tersebut, tegas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, pendekatan yang diambil mesti berlandaskan kebijaksanaan serta berhemah untuk menangani mereka yang sebelum ini mengkritik parti atau meninggalkan Umno dalam keadaan mencetuskan kontroversi, lapor Berita Harian.

“Pendekatan kita mestilah berlandaskan kebijaksanaan. Jika tidak, mustahil bagi mereka yang digantung atau bukan lagi ahli Umno kembali bersama kita,” katanya berucap pada Mesyuarat Umno Bahagian Lumut di Dewan Merdeka di Lumut, hari ini.

Baru-baru ini Pemuda Umno Sembrong telah mengemukakan usul agar bekas ketua bahagian yang digantung, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dialu-alukan kembali ke dalam parti.

Bagaimanapun Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden Umno memberi gambaran kekal dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang rayuan berhubung penggantungannya selama enam tahun dalam parti tersebut.

Dalam pada itu, Zahid turut mengambil contoh bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang secara konsisten menunjukkan usaha untuk kembali menyertai Umno selepas dipecat daripada parti.

“Saya bukan kejam. Saya bawa perkara ini ke Majlis Kerja Tertinggi dan mereka minta beliau diterima. Maka, kita terima Datuk Seri Tajuddin Rahman,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid memberitahu, Umno tidak akan bertanding solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan akan kekal bersama Barisan Nasional (BN) meskipun ada gesaan sebelum ini yang mahu parti itu berbuat demikian.

Menurut Zahid, Umno akan terus menggunakan lambang dacing yang sinonim dengan BN dan tidak mengetepikan komponen lain termasuk MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, desakan supaya Umno bertanding secara solo bukan perkara baharu namun hakikatnya parti itu tidak pernah bertanding secara sendirian sejak ditubuhkan.

“Desakan supaya Umno bertanding secara solo bukan perkara baharu. Ia turut disuarakan semalam ketika saya berada di Johor, sama seperti yang dilaungkan di Kedah.

“Terdapat resolusi daripada beberapa bahagian yang seolah-olah menyalahkan kehadiran rakan-rakan gabungan dalam BN dan PH sebagai punca kekalahan kita,’’ katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut menegaskan bahawa parti itu tidak akan bertanding secara solo pada PRU-16 memandangkan sejarah UMNO sentiasa menunjukkan kerjasama politik sebagai kekuatan utama dalam landskap politik negara yang sentiasa dinamik. – 6 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related