◉ HEADLINES

Sidang DUN Selangor akan bahaskan insiden letupan saluran gas Putra Heights

Dr Afif Bahardin (PN-Taman Medan) mengemukakan rayuan daripada 20 mangsa yang terkesan akibat insiden letupan itu supaya perkara berkenaan dibincangkan pada sidang DUN Selangor kali ini 

12:00 PM MYT

 

SHAH ALAM – Insiden letupan saluran gas Putra Heights, Subang Jaya akan dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali ini, kata Speaker DUN Selangor Lau Weng San. 

Beliau berkata ia akan diadakan selepas sesi khas penerangan yang bakal dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari atau wakilnya selepas pembentangan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2025 pada persidangan kali ini. 

“Akan ada, seperti yang saya nyatakan ada perbahasan selepas ini pada sebelah petang Menteri Besar akan berjumpa dengan semua ahli dewan untuk memberi taklimat. 

“… selepas itu dewan akan bersidang semula, dan kita semua akan mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Kerajaan akan memberi penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan (dalam perbahasan),” katanya pada persidangan DUN Selangor di Wisma DUN Selangor hari ini. 

Terdahulu, Dr Afif Bahardin (PN-Taman Medan) mengemukakan rayuan daripada 20 penama iaitu mangsa yang terkesan akibat insiden letupan pada 1 April lepas supaya perkara berkenaan dibincangkan pada persidangan DUN Selangor kali ini. 

Lau kemudiannya tidak membenarkan perkara berkenaan dibentangkan kerana dilihat sebagai bertindih dengan permohonan yang telah difailkan oleh Amirudin untuk membentangkan perkara berkenaan pada persidangan kali ini. 

“Saya ingin menekankan bahawa sebab utama kenapa rayuan itu tidak dibenarkan kerana sudah ada permohonan daripada Menteri Besar untuk membincangkan perkara ini di bawah agenda ini yang membolehkan lebih ramai partisipasi daripada semua ahli dewan,” katanya. 

Persidangan DUN Selangor bermula hari ini dijangka berlangsung hingga 11 Julai. – 7 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related