◉ HEADLINES

Ketua Pembangkang hanya bangkit isu kehakiman pada sesi soal jawab PM di Parlimen, 22 Julai ini

Hamzah akan bertanya satu-satunya soalan kepada Anwar

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan hanya mengemukakan soalan mengenai badan kehakiman pada Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, yang akan mula bersidang pada 21 Julai ini.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sesi PMQ itu akan diadakan pada hari kedua sidang Dewan Rakyat.

“Ketua Pembangkang akan mengemukakan persoalan mengenai kehakiman pada sidang PMQ pada Selasa, 22 Julai, dan hanya satu soalan sahaja daripada pembangkang.

“Kita tengok apa jawapan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim),’’ katanya pada sidang media PAS pusat, hari ini.

Ditanya pemberita mengenai usul undi tidak percaya, Takiyuddin berkata pihaknya sedang memerhatikan keadaan itu.

“Kita sedang memerhatikan keadaan ini kerana usul vote of no confidence, kita memerlukan sokongan,’’ katanya.

Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas bagi Dewan Rakyat yang dijadual bermula 23 Jun sehingga 31 Julai ditangguhkan ke suatu tarikh baharu iaitu 21 Julai sehingga 28 Ogos.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dimaklumkan oleh Ketua Majlis bahawa perubahan tarikh sidang Dewan Rakyat adalah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Perubahan takwim ini adalah bagi membolehkan kerajaan memuktamadkan unjuran pertumbuhan ekonomi dengan mengambil kira tarif timbal balas Amerika Syarikat sebagai input kepada penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13.,’’ katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS mengulangi ketegasan bahawa pembangkang tidak akan menyokong gesaan Datuk Seri Rafizi Ramli supaya Ahli Parlimen menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman.

Ini kerana, katanya, Rafizi, yang juga adalah Ahli Parlimen Pandan itu masih penyokong kerajaan.

“Mana mungkin pembangkang sokong usul yang dibuat oleh penyokong kerajaan dan tidak munasabah penyokong kerajaan untuk minta sokongan pembangkang untuk menentang kerajaan sendiri,’’ katanya.

Pada awal bulan lalu, Rafizi, bersama lapan Ahli Parlimen PKR menuntut kerajaan menubuhkan RCI dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) berkaitan pelantikan kehakiman. – 12 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

◉ Related