HEADLINES

ECRL lakar detik bersejarah, kerja pengorekan Terowong Genting sepanjang 16.39 km siap sepenuhnya

Kejayaan itu akan menjadikan ia sebagai terowong rel terpanjang di Asia Tenggara selain menandakan tahap kemajuan projek kini mencecah 85 peratus

6:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melakar pencapaian penting apabila kerja-kerja pengorekan Terowong Genting sepanjang 16.39 kilometer ditembusi sepenuhnya.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kejayaan itu akan menjadikan ia sebagai terowong rel terpanjang di Asia Tenggara selain menandakan tahap kemajuan projek kini mencecah 85 peratus.

Jelas beliau, ia merupakan pencapaian terbesar dalam pembinaan keseluruhan ECRL setakat ini terutama melalui penembusan kedua-dua hala terowong merentasi Banjaran Titiwangsa dan menghubungkan Bentong, Pahang dengan Gombak, Selangor.

“Ia sudah pasti akan menyokong perdagangan antarabangsa, menjadikannya lebih menarik kepada perniagaan dengan merangsang industri berorientasikan eksport kerana sambungan ‘last-mile’ yang menghubungkan Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang akan merapatkan kedua-dua pantai dan memudahkan pemindahan barangan sepanjang rangkaian ECRL,” katanya, lapor media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penembusan Terowong Genting Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bentong, hari ini.

Loke turut menyifatkan Terowong Genting sebagai struktur yang paling mencabar daripada keseluruhan 41 terowong sepanjang jajaran ECRL sejauh 665 kilometer yang bakal menghubungkan Kota Bharu, Kelantan hingga ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Pencapaian itu juga, ujar beliau, menunjukkan kerjasama kejuruteraan yang kukuh antara Malaysia dan China, selain komitmen tinggi warga kerja ECRL di kesemua 41 lokasi penggalian terowong.

Loke turut melahirkan keyakinan perkhidmatan tren ECRL bagi laluan Kota Bharu ke Gombak dapat beroperasi menjelang Januari 2027, sementara jajaran kedua dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap setahun kemudian.

ECRL dijangka memendekkan masa perjalanan antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur kira-kira empat jam sahaja.

Ia sekali gus menjadi pemangkin transformasi sosioekonomi Pantai Timur. – 12 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related