HEADLINES

KPT pantau aktiviti gerakan militan, ekstrem di IPT: Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi berkata, pihaknya menjalin kerjasama erat dengan PDRM dan agensi keselamatan lain memastikan fahaman ekstrem tidak menular

1:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata pihaknya sedang memantau rapi sebarang aktiviti berkaitan gerakan militan berasaskan fahaman ekstremis Islamic State (IS) dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata langkah itu susulan penahanan beberapa individu dalam kalangan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat dengan fahaman tersebut, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), baru-baru ini.

“Kita sentiasa menjalankan pemantauan dengan kerjasama pihak keselamatan, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi memastikan fahaman-fahaman ekstrem seperti ini tidak menular, sama ada dari dalam atau luar negara.

“Kerjasama antara KPT dan agensi keselamatan sentiasa berada pada tahap yang baik,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiawangsa Tahun 2025, di sini hari ini.

Pada 30 Jun lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata sebahagian daripada individu yang ditahan telah dihantar pulang ke negara asal.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam rangkaian militan melibatkan warga Bangladesh seperti yang didedahkan baru-baru ini.

Beliau berkata hasil siasatan oleh Pasukan Cawangan Khas PDRM mendapati kumpulan yang menyebarkan fahaman ekstrem berasaskan ideologi IS ke Malaysia hanya melibatkan warga Bangladesh.

Kumpulan dikenali Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) itu dikesan menyebarkan fahaman ekstrem dalam kalangan warga Bangladesh yang memasuki negara ini secara sah untuk bekerja, sebelum merekrut mereka menyertai kegiatan berkaitan keganasan.

Mereka didapati mula menyebarkan ideologi kumpulan pengganas IS kepada komuniti migran, terutama warga Bangladesh melalui platform media sosial dan aplikasi pesanan.

Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mendedahkan kumpulan itu mengutip dana melalui aplikasi digital seperti Touch ‘n Go dan bKash serta perkhidmatan pemindahan wang antarabangsa untuk menyokong operasi militan di luar negara.

Penahanan 36 warga Bangladesh itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di Selangor dan Johor, bermula 24 April lalu. – 13 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related