HEADLINES

Perjanjian parkir pintar Selangor masih di peringkat rundingan: Ng Suee Lim

Perincian yang merangkumi semua aspek, termasuk penilaian teknikal dan kewangan, penguatkuasaan serta tadbir urus antara ketiga-tiga pihak, sedang dimuktamadkan sebelum ditandatangani pada 1 Ogos 2025

10:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor masih belum memuktamadkan perjanjian konsesi parkir pintar dan kini berada pada peringkat akhir, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor sedang dalam peringkat rundingan dengan anak syarikatnya, Rantaian Mesra untuk melaksanakan SIP.

“Perincian yang merangkumi semua aspek, termasuk penilaian teknikal dan kewangan, penguatkuasaan serta tadbir urus antara ketiga-tiga pihak, sedang dimuktamadkan sebelum ditandatangani pada 1 Ogos 2025.
.
“Pendekatan ini akan membolehkan kawal selia yang lebih berkesan dan memastikan projek ini kekal di bawah pemantauan langsung kerajaan negeri,’’ katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Suee Lim turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri telah mengenepikan pihak berkuasa tempatan melalui konsesi baharu tersebut.

“Walaupun MBI dan syarikat konsesi terlibat, kuasa penguatkuasaan masih terletak di bawah PBT.

“Kita nampak (kaedah) ini ada ‘pro’ dan ‘kontra’. Dua-dua kaedah ada baik dan kekurangannya jadi kali ini kerajaan negeri memastikan situasi menang-menang dan kita ambil pendekatan menggunakan Smart Intelligent Parking(SIP), dengan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor ada peranan dalam pengurusan parkir ini,’’ katanya,

Mengenai dakwaan MBPJ boleh mengalami kerugian sehingga RM10 juta setahun akibat konsesi parkir baharu itu, beliau menegaskan bahawa model baharu tersebut akan meningkatkan hasil kutipan apabila dilaksanakan sepenuhnya.

“Mungkin akan berlaku sedikit kekurangan berdasarkan anggaran kasar. Namun, syarikat konsesi yang baharu dilantik akan membuat pelaburan besar untuk menaik taraf sistem, termasuk infrastruktur dan mekanisme penguatkuasaan, bagi memastikan kutipan hasil meningkat dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Beliau memberitahu, PBT tidak menanggung sebarang kos operasi sebaliknya dijangka menerima kutipan lebih tinggi ekoran peningkatan kecekapan sistem, pendigitalan dan pemantauan berpusat.

“Kerajaan negeri menegaskan bahawa pelaksanaan ini sejajar dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam serta pembangunan bandar pintar serta mengekalkan hak kawal selia dan kuasa mutlak PBT dalam urus tadbir tempat letak kereta di kawasan masing-masing,” katanya.

Di bawah perjanjian tiga pihak itu, PBT akan mengekalkan kuasa penuh dalam aspek penguatkuasaan, manakala Rantaian Mesra akan bertindak sebagai penyelaras sistem, dan syarikat konsesi yang bakal dilantik akan mengendalikan operasi parkir harian bagi empat PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Syarikat konsesi terlibat, katanya, akan melabur RM200 juta dalam pembangunan infrastruktur TLK Pintar termasuk pemasangan kira-kira 1,800 unit kamera litar tertutup di kawasan parkir utama empat PBT pada fasa pertama.

“Pemasangan CCTV tambahan bukan sahaja untuk memantau tempat letak kereta dan mengesan pengguna yang gagal membuat bayaran, tetapi juga akan membantu pihak polis dalam aspek keselamatan bandar melalui perkongsian maklumat dan data secara langsung. Usaha ini dijangka dapat membantu mengurangkan kadar jenayah di kawasan bandar,” katanya. – 15 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related