◉ HEADLINES

Artis kedua jadi YB, Altimet mahu balas jasa pengundi dan bertugas awal pagi

'Kepada rakan-rakan jentera tidak kira PH mahupun BN, hormat saya kepada anda amat tinggi, saya sanjung kerja keras anda': Altimet

11:05 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Rapper yang kini bergelar ahli politik, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet berazam untuk memulakan tugas seawal Subuh demi membalas jasa pengundi-pengundi di Lembah Jaya.

Altimet yang mewakili Pakatan Harapan (PH), menang di DUN Lembah Jaya dengan 26,298 undi, menewaskan pesaingnya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN).

Sharifah Haslizah yang juga Ketua Penerangan PAS Ampang tewas dengan undi sebanyak 19,620.

“Saya amat berterima kasih kepada semua pengundi Lembah Jaya yang menjadi pembakar semangat untuk saya terus berkhidmat dan berbangga menjadi sebahagian daripada kawasan itu.

“Selepas ini, tiada lagi perbezaan antara parti kerana saya akan berkhidmat untuk semua masyarakat Lembah Jaya. Saya akan segera memulakan tugas seawal subuh esok bersama jemaah di masjid.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Perbandaran Ampang serta pihak PDRM yang menjadikan proses pengundian teratur.

“Kepada rakan-rakan jentera tidak kira Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional, hormat saya kepada anda amat tinggi, saya sanjung kerja keras mereka selama tempoh berkempen ini.

“Saya berkeyakinan, Kerajaan Perpaduan akan membalas jasa-jasa pengundi yang begitu besar jiwanya di Lembah Jaya ini,” katanya.

Dengan kemenangan itu, Altimet adalah artis kedua bergelar wakil rakyat selepas Dira atau Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang merupakan Adun Rim di Melaka. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

◉ Related