Bersatu bakal pupus kerana bukan parti perjuangan: Puad

Ia berbeza dengan PAS yang menjadikan Islam sebagai perjuangan mereka

4:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa Bersatu akan pupus tidak lama lagi kerana ia bukan parti perjuangan.

Menurutnya, Bersatu tidak seperti PAS, sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) yang menjadikan Islam sebagai perjuangan parti.

Beliau berkata, disebabkan itu, tiada Ahli Parlimen PAS mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tidak mendapat peruntukan untuk kawasan masing-masing.

“Bersatu akan pupus tidak lama lagi. Bersatu bukan parti perjuangan.

“Sebab itu tidak ada Ahli Parlimen PAS isytihar sokong Anwar. Mereka pun lapar juga. Tapi PAS menjadikan Islam perjuangan mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Puad mendakwa lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu akan menyatakan sokongan kepada Anwar selepas enam daripadanya sudah bertindak demikian.

“(Datuk Seri Muhammad) Sanusi (Md Nor) dakwa Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanafi sokong Anwar kerana lapar. Kelaparan kerana tidak dapat peruntukan untuk jaga kawasan.

“Kalau begitu mungkin beberapa lagi Ahli Parlimen Bersatu akan ikut jejak enam Ahli Parlimen Bersatu tersebut. Ini memalukan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin),” katanya.

Mohd Puad Zarkashi turut mendakwa, lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam daripadanya sudah bertindak demikian. – Gambar Bernama, 26 Januari, 2024

Semalam, Zulkafperi mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta dengan alasan untuk menjamin kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara serta menginsafi keperitan hidup rakyat dengan kos sara hidup yang menghimpit ketika ini.

Beliau turut meminta penduduk dan pengundi di Tanjong Karang memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Madani dan mendoakan agar kawasan parlimen itu mendapat limpahan pembangunan sebagaimana diharapkan.

Pengumuman Zulkafperi itu menjadikannya wakil rakyat pembangkang keenam bertindak demikian selepas Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz (Bukit Gantang).

Hari ini, Syed Abu Hussin mendakwa seramai 10 lagi Ahli Parlimen Bersatu dijangka memberi sokongan kepada Perdana Menteri menjelang pembukaan sidang Parlimen pada 26 Februari ini.

Dakwanya, lima Ahli Parlimen dari utara, iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak; tiga dari Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang serta dua lagi dari Selangor dan Melaka.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat Ahli Parlimen berkenaan kerana amat kecewa dengan parti, tidak dihargai dan terjaga. – 26 Januari, 2024

Topics

Hangat

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Related