◉ HEADLINES

Trump umum capai perjanjian perdagangan ‘hebat’ dengan Indonesia

Butiran lanjut belum didedahkan, pengumuman ini dibuat dua minggu sebelum tarikh akhir 1 Ogos yang ditetapkan Trump

8:48 AM MYT

 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, mengumumkan pada Selasa yang beliau mencapai perjanjian perdagangan yang disifatkan sebagai “hebat” dengan Indonesia selepas rundingan langsung bersama Presiden Prabowo Subianto, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Perjanjian hebat, untuk semua pihak, baru sahaja dimeterai dengan Indonesia. Saya berurusan secara langsung dengan Presiden mereka yang sangat dihormati,” kata Trump di media sosial.

Butiran lanjut mengenai perjanjian yang dimaksudkan itu masih belum didedahkan, namun pengumuman ini dibuat dua minggu sebelum tarikh akhir 1 Ogos yang ditetapkan oleh Trump bagi negara untuk mencapai perjanjian perdagangan baharu dengan Washington atau berdepan tarif yang lebih tinggi.

Tarikh akhir asal sepatutnya pada 9 Julai, tetapi ditangguhkan oleh Rumah Putih  bagi memberi lebih masa kepada rundingan.

Penasihat Perdagangan Trump,  Peter Navarro pada April berkata selepas Trump mengumumkan langkah tarif baharu, pentadbiran AS berhasrat untuk memuktamadkan “90 perjanjian dalam 90 hari,” namun sasaran itu terbukti sukar dicapai. Setakat ini, hanya dua negara – United Kingdom dan Vietnam yang memeterai perjanjian perdagangan interim dengan Trump.

Bagaimanapun, banyak butiran dalam perjanjian itu masih belum dirundingkan sepenuhnya. – 16 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

[TONTON] Mahal untuk dikendalikan, namun berbaloi untuk dinaiki: penjelasan mengenai perkhidmatan rel

'Jumlah penumpang yang tinggi, tambang rendah dan rangkaian yang terus berkembang,' demikian pandangan pakar rel mengenai sistem perkhidmatan rel negara

◉ Related