HEADLINES

Tiga unit kediaman yang disangka tidak berpenghuni, rupanya pusat judi dalam talian

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga unit kediaman itu didaftarkan atas nama tiga individu warga tempatan, berdasarkan rekod bil utiliti yang diperoleh

11:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga unit kediaman di sebuah pangsapuri empat tingkat di Pusat Bandar Putra Permai, Serdang, yang disangka kosong, rupa-rupanya menjadi pusat operasi judi dalam talian dengan dalangnya dipercayai warga asing.

Perkara itu dibongkarkan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Pasukan Gerakan Am, malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Jafri Embok Taha berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga unit kediaman itu didaftarkan atas nama tiga individu warga tempatan, berdasarkan rekod bil utiliti yang diperoleh.

Ketika serbuan dijalankan, katanya, dalang kegiatan berkenaan dipercayai melarikan diri, hanya tinggal beberapa ‘tablet’, monitor, kerusi dan meja. 

“Kita menyerahkan kes berkaitan penemuan pusat judi itu kepada MBSJ untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya, lapor Bernama.

Beliau turut memaklumkan, ketiga-tiga unit kediaman itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakkan di luar dan kegiatan mereka ini menyasarkan pelanggan dalam kalangan pendatang tanpa izin (PATI) yang menetap di pangsapuri berkenaan.

Jafri Embok berkata operasi yang bermula 10 malam dan berakhir 1 pagi itu turut memeriksa 741 warga asing yang tinggal di pangsapuri tersebut dan daripada jumlah itu, 496 merupakan PATI yang kemudiannya dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

“Antara kesalahan yang disyaki pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Beliau berkata operasi bersepadu itu akan terus digerakkan dari semasa ke semasa dan orang ramai diingatkan supaya tidak menggaji, melindungi atau menempatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah di premis mereka.

Sementara itu, Jafri Embok memaklumkan Jabatan Imigresen kini melaksanakan Program Repatriasi Migran (PRM) 2.0, bermula 19 Mei lepas hingga 30 April 2026.

Menerusi program ini, pendatang tanpa izin dibenarkan pulang ke negara asal masing-masing dengan hanya membayar kompaun RM500 dan pas khas bernilai RM20.

“Secara keseluruhan, bayaran hanya RM520 dikenakan. Di Selangor, terdapat empat lokasi bagi pelaksanaan PRM iaitu di Shah Alam, Kelana Jaya, Pelabuhan Klang dan Kajang,” katanya. – 16 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Reviving a fading voice: The fight to preserve Penang’s Hokkien heritage

Linguist leads grassroots effort to document and safeguard Hokkien as younger generations shift to Mandarin

Related