HEADLINES

Remaja Britain hilang sejak sebulan lalu di Malaysia hantar emel pada ibu ‘jangan cari saya’

5:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Remaja lelaki warga Britain, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang di Malaysia sejak 7 Jun lalu, telah menghantar pesanan emel kepada keluarganya supaya tidak mencarinya.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, Balisong, menghantar emel kepada ibunya pada 9 Julai lalu, iaitu kira-kira sebulan selepas kehilangannya, supaya tidak bimbang dan turut memohon maaf.

Hussein berkata, semakan mendapati emel tersebut adalah komunikasi terakhir remaja itu dengan keluarganya.

Dia bagaimanapun tidak memaklumkan bila atau sama ada dia akan kembali ke pangkuan keluarganya.

“Dalam e-mel itu, dia meminta keluarga supaya tidak bimbang atau cuba mencarinya, selain memohon maaf atas tindakannya dan mendoakan kejayaan keluarga dalam kehidupan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan Balisong, dari Cheadle, Greater Manchester, dipercayai meninggalkan rumahnya pada awal pagi 6 Jun lalu dan dikesan menaiki penerbangan dari Manchester ke Kuala Lumpur.

Dia memberitahu abangnya bahawa dia mempunyai urusan di sekolah. Remaja itu juga telah mematikan telefonnya serta tidak membalas emel.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, setakat ini, seramai enam individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kehilangan remaja itu.

“Mereka yang dirakam keterangan termasuk ibu mangsa, pemandu, petugas kaunter bas, pekerja premis pertukaran wang asing serta anggota polis,” katanya.

Menurut Hussein, rakaman rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kali terakhir remaja itu dikesan adalah di lobi KL Sentral, pada jam 10.09 pagi, 7 Jun lalu.

“Setakat ini, tiada rekod remaja itu keluar dari negara ini dan usaha mencarinya giat dilakukan,” kata. – 16 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

My candidacy not because of ‘close ties’ with Syed Saddiq: Abe Lim

Muda’s Bandar Utama candidate Abe Lim has brushed aside speculation that she was fielded as a candidate due to rumours of her “close ties” with party president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related