HEADLINES

Bukan pilihan raya saja boleh turunkan PM

Tun Mahathir berkata perkara itu boleh berlaku akibat desakan rakyat yang menolak kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat gagal mentadbir dengan cekap

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang Perdana Menteri itu diturunkan tidak semestinya hanya menerusi pilihan raya terutama ketika rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinannya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu boleh berlaku akibat desakan rakyat yang menolak kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat gagal mentadbir dengan cekap.

Situasi tersebut menurutnya, banyak berlaku di beberapa negara yang membuktikan suara rakyat mengatasi kekebalan pemerintah.

“Tak selalunya Perdana Menteri diturunkan ketika pilihan raya. Di United Kingdom, Perdana Menteri Boris Johnson letak jawatan apabila rakyat marah hanya disebabkan dia adakan tea party ketika darurat.

“Di Bangladesh, Perdana Menteri lari ke India bila rakyat mendesak dan akhirnya dia lepaskan jawatan.

“Di Jepun, buat silap sikit sahaja, Perdana Menteri perlu letak jawatan. Ramai letak jawatan, tak tunggu pilihan raya. Bila rakyat tak suka, Perdana Menteri kenalah letak jawatan, perlu sensitif terhadap perasaan rakyat

“Saya sendiri pernah letak jawatan ketika ada yang tak setuju dengan saya, bukan orang ramai tetapi parti. Ini rakyat sudah minta turun pun dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tak mahu, sedap duduk di kerusi,” katanya dalam ucapan pada Himpunan Mandat Negarawan di Stadium Suka Menanti di Alor Setar, hari ini lapor Sinar Harian.

Turut sama dalam himpunan tersebut, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Tun Mahathir berkata, Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan memandangkan pentadbiran beliau gagal menunaikan janji selain negara terus berdepan pelbagai masalah yang membebankan rakyat.

“Saya nak suruh Anwar letak jawatan sebab dia tak tahu memerintah negara ini. Macam-macam janji dibuat tetapi tak ditunaikan,” katanya.

Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu turut mendakwa, sebagai sebuah negara kaya, Malaysia masih dibelenggu masalah kemiskinan rakyat kerana mempunyai kerajaan yang gagal mengurus negara dengan baik.

“Kita mempunyai kerajaan yang zalim, ramai rakyat kita miskin sehingga berlaku pelbagai jenayah kerana tekanan hidup. Kalau kita nak usaha untuk selamatkan orang Melayu, kita akan dituduh melanggar undang-undang,” katanya.

Tegas beliau, undang-undang yang ditegakkan kini tidak dibuat secara telus sebaliknya bersifat menekan kebebasan rakyat untuk bersuara.

“Sekarang ini kita tak boleh cakap tentang orang Melayu, isu 3R tak boleh sentuh. Dalam Dewan pun tak boleh bercakap, bila bercakap dalam Dewan, kena gantung enam bulan. Inilah demokrasi reformasi yang dijanjikan Anwar Ibrahim,” katanya.

Dr Mahathir turut mendakwa, negara mempunyai kekayaan yang banyak dengan rizab Bank Negara mencecah RM500 bilion, namun rakyat masih tidak dapat menikmati kekayaan tersebut kerana pentadbiran yang lemah.

“Kita ada duit banyak tetapi rakyat miskin, kita simpan duit kita di Amerika Syarikat dengan membeli bon dolar mereka. Negara yang kaya seperti Amerika kita bantu, sedangkan rakyat kita tiada duit,” katanya yang memberi peringatan bahawa rakyat akan menjadi mangsa sekiranya terus tertipu dengan slogan reformasi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Sebab itu kita berkumpul malam ini dengan tujuan untuk turunkan AI, ini bukan Artificial Intelligence, tetapi Anwar Ibrahim. Bukan semestinya perlu tunggu pilihan raya, Perdana Menteri perlu sensitif kepada perasaan rakyat,” katanya. – 18 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related