◉ HEADLINES

Polis siasat lelaki lepaskan tembakan dalam cubaan samun di Seri Alam

Polis berkata kejadian berlaku pada jam 7.10 malam itu tular di media sosial sejak semalam dan identiti lelaki tempatan itu sedang dikenal pasti

11:49 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan dalam cubaan samun di sebuah premis di Taman Megah Ria, Seri Alam, di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada jam 7.10 malam itu tular di media sosial sejak semalam dan identiti lelaki tempatan itu sedang dikenal pasti.

“Suspek telah memasuki premis dengan mengacukan sejenis objek menyerupai pistol ke arah mangsa sambil mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai.

“Suspek melepaskan satu das tembakan di luar premis sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal dari kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor media.

Beliau bagaimanapun berkata tiada sebarang kecederaan terhadap mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

Mohd Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi  Pusat Kawalan Daerah Seri Alam melalui talian 07-3871422 atau hotline 07-38614222 atau melaporkannya di balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup di laman sosial Facebook yang memaparkan lelaki terbabit melarikan diri menggunakan motosikal dan memegang objek dipercayai senjata pistol. – 20 Julai, 2025

 

Topics

 

◉ Hangat

BDS Malaysia says has never called for boycott of KFC

NGO chief says customers snubbing fried chicken franchise mainly due to prices

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

My candidacy not because of ‘close ties’ with Syed Saddiq: Abe Lim

Muda’s Bandar Utama candidate Abe Lim has brushed aside speculation that she was fielded as a candidate due to rumours of her “close ties” with party president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

◉ Related